Taman yang pada aku tidak pernah mati walaupun sudah
malam. Hanya lampu yang dipasang menjadi cahaya manakala suara berbual-bual dan
gelak ketawa menjadi pemecah sunyi pada malam sabtu itu.
Aku hanya akan keluar pada waktu malam sahaja. Mungkin kerana ini juga ada yang mengelar aku vampire. Yang hanya boleh keluar dengan sebebasnya pada waktu malam. Ini kerana keadaan aku yang sangat sensitif dengan cahaya matahari. Oleh itu, dengan keluar malam sahaja aku mampu untuk bersuka dan bergembira dengan rakan-rakan aku yang lain. Manakala pada waktu siang pula, aku akan menghabiskan masa belajar di kampus.
Ulasan
Catat Ulasan