Xeorderma pigmentosum merupakan penyakit genetik. Penyakit ini menyebabkan pesakit sangat sensitif dengan cahaya matahari terutama ultraviolet. Penderita xeroderma akan mengalami kulit terbakar sekiranya terkena cahaya matahari. Pesakit perlu mengenakan pakaian khusus sekiranya hendak keluar rumah.
Aku hanya akan keluar pada waktu malam sahaja. Mungkin kerana ini juga ada yang mengelar aku vampire. Yang hanya boleh keluar dengan sebebasnya pada waktu malam. Ini kerana keadaan aku yang sangat sensitif dengan cahaya matahari. Oleh itu, dengan keluar malam sahaja aku mampu untuk bersuka dan bergembira dengan rakan-rakan aku yang lain. Manakala pada waktu siang pula, aku akan menghabiskan masa belajar di kampus.
Ulasan
Catat Ulasan