
Artikel “The 22
Best Writing Tips Ever” ini telah ditulis oleh Melissa Donova berkenaan
bagaimana untuk menjadi penulis yang bejaya dengan mengkongsikan 22 tips hebat
untuk penulis-penulis baru yang ingin memasuki bidang penulisan ini.
Menurut artikel tersebut
ada beberapa elemen yang telah dinyatakan, antaranya ialah untuk menjadi
penulis yang bagus, seseorang itu perlu ada buku nota ataupun telefon pintar
pada setiap masa supaya mereka tidak akan ketinggalan apabila idea-idea baru
muncul pada ketika itu. Selain itu, cara yang baik untuk mendapat inspirasi
watak dan plot penulisan ketika menulis ialah dengan memerhatikan keadaan
sekeliling seperti orang awam dan aktiviti-aktiviti. Penulis artikal ini juga
menyarankan untuk membuat blog dan menulis pada setiap hari untuk meningkatkan
teknik penulisan yang bagus. Seterusnya, belajar untuk menyusun ayat mengunakan
tatabahasa yang betul dan menggunakan kamus supaya ayat yang ditulis kelihatan
lebih sempurna dan sekali gus meningkatkan pengetahuan. Kemudian, ketika
penulisannya telah siap, pastikan penulisannya telah dibaca semula lebih kurang
tiga kali untuk mengelakkan kesalahan ejaan dan lain-lain sebelum dihantar
kepada pihak penerbitan. Terdapat juga tips untuk berkawan dengan
penulis-penulis lain yang mempunyai minat yang sama supaya masing-masing dapat
berkongsi pendapat dan sokongan dalam bidang ini. Penulis artikel ini
menyatakan bahawasanya untuk menjadi penulis yang hebat, tidak mengapa untuk
seseorang itu mempunyai kemahiran yang lemah untuk menulis kerana mereka akan
menjadi lebih baik dengan usaha dan semangat yang tulus untuk menjadi seorang
penulis.
Natijahya, untuk
menjadi seorang penulis bukan mudah kerana banyak benda perlu dititik beratkan
dan memerlukan usaha yang lebih untuk menghasilkan karya-karya baru yang
berbeza dengan penulis-penulis lain di zaman teknologi kini. Elakkan daripada
menyalin hasil kerja penulis lain untuk menjadi penulis yang berjaya dan
dipercayai oleh orang lain.
Ulasan
Catat Ulasan